Blues Friday morning..bukan salah Hari Jumaat..tapi mood aku yang tak berapa stabil sejak sebulan dua nih..Ingatan pada arwah abah, pada mak, dan yang penting suami makin menjadi-jadi..
Sejak balik dari Raya Haji ari tu mood asyik nak marah2 jer.. hubby pun asyik tanya apsal ler selalu nak marah..naper erk..aku cakap biasa r..hormon pompuan dah nak dtg kot..macam biasa r tuh..rupa2nya ada berita baik untuk kami..:)
Hijrahku...
Tiada kata apa yg mampu aku luahkan, padaMu ya Allah aku bersyukur atas rahmatMu.. 3 tahun kami melayari bahtera dgn penuh pengharapan, baru kini kau kabulkan doa kami Ya Allah..Alhamdulillah syukur atas kurnianMu..Hambamu mengharapkan keberkatan dan RahmatMu agar semuanya selamat, Amin..
I'm 6 weeks pregnant!!
X tau nak express perasaan ni macamana.. x sedar pun sebenarnya dah pregnant walaupun period dah lewat..x nak mengharap cz dah selalu macam nih takut kecewa lagi..tapi dah perasaan tu macam2 p r gak check guna preg test kit..Mimpi ker aku? 2 line?? apakah?? Ya Allah..betul ke nih..terus call hubby soh balik..hehehe..balik gak dia walaupun patutnya minggu ni x balik..:) Sabtu terus p klinik for confirmation n doc sahkan dah 6 minggu..
Alhamdulillah..hubby aku nih tgk senyum x senyum..ntah apa agaknya ek dia pk aku pun x tau..mayb dia pun still cam aku x berapa rasa nak jejak kat bumi time nih..:) Apapun semoga perubahan baru ini menjadi titik permulaan yg baik untuk kami sekeluarga.. Ya Allah..permulaan tahun baru yang amat mengharukan bagi kami..Allahuakbar!!
Hijrahku 1433H.. Thank You Allah!!
Aidiladha 1432H.. Satu Pengorbanan..
Mak..Engkaulau Ratu Hatiku
Ibu..ibu..Engkaulah Ratu Hatiku..
Tempat Menyatakan Kasih..Wahai..Ibu..
yarabillialamin. ..."
bapaku ditempat orang2 yang beriman"
Amin..
Sedekah Untuk Arwah
Untuk Arwah Abah..
Si pemuda menerangkan bahwa talam-talam itu berisi hadiah orang-orang yang masih hidup untuk orang-orang yang sudah mati yang terdiri dari pahala sedekah,bacaan, ayat-ayat suci Al Quran dan doa. Hadiah-hadiah itu selalunya datang setiap malam Jumaat atau pada hari Jumaat. Si pemuda kemudian menerangkan tentang dirinya dengan panjang lebar. Katanya dia ada seorang ibu yang masih hidup di alam dunia bahkan telah berkahwin dengan suami baru.Akibatnya dia lupa untuk bersedekah untuk anaknya yang sudah meninggal dunia sehingga tidak ada lagi orang yang mengingati si pemuda. Maka sedihlah si pemuda setiap malam dan hari jumaat apabila melihat orang-orang lain menerima hadiah sedangkan dia seorang tidak menerimanya. Al-Mazy sangat kasihan mendengarkan cerita si pemuda. lalu ia bertanya nama dan alamat ibunya agar ia dapat menyampaikan berita keadaan anaknya.Si pemuda menerangkan sifat2 ibunya.
Labels: My Life..My Journey
The Ugly Duckling
My first writing.. hmmmm tak tahu kenapa tiba-tiba je bleh sebut ugly duckling..
Cerita tentang anak angsa yang tersesat masuk dengan family Itik. Sebab dia angsa rupanya lain dari anak itik … tetapi semua terjawab apabila anak angsa mencapai umur dewasa. Sekarang ini dia “Anak Itik Hodoh”
Mungkin kerana pengaruh cerita zaman kanak-kanak kot..atau mungkin aku rasa watak tu lebih kurang sama ngan aku kot..tapi x ada pun aku transform jadik cantik pun..heheh..apa pun just ambil semangat si anak itik hodoh yang terasing walau dalam kumpulan yang sama..macam tu lah dalam kehidupan seharian kita..
Walaupun kisah ank itik yg hodoh ini mungkin rekaan semata2..namun..byk pengajaranya jika dihayati dri berbagai sudut bg org yg ingin memikirkannye..
Daripada Abu Hurairah r.a baginda bersabda yang bermaksud, Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada rupa paras kamu dan harta benda kamu akan tetapi Allah melihat kepada hati perut kamu dan amalan kamu. (riwayat Muslim, no: 4651)
Dalam sepotong hadis yang lain diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a, baginda Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada tubuh badan kamu dan tidak pula melihat kepada rupa paras kamu akan tetapi perkara yang dilihat oleh Allah ialah hati kamu. Lalu baginda mengisyaratkan ke arah hati baginda dengan jari-jari baginda. (riwayat Muslim, no: 2564)
Kesimpulannya janganlah kita terlalu memikirkan pandangan manusia kerana pandangan Allah itu lebih utama..
Alangkah indah jika seseorang itu dicintai bukannya kerana dia cantik tetapi dia kelihatan cantik kerana dicintai.
Labels: My Life..My Journey