Roses are Red, Violets are Blue

Love never crossed my mind until the day that I met you..

My last day at work : Demi keluargaku : Family First

Assalamualaikum

Harini genap la 3 bulan aku letak notice untuk berhenti kerja ๐Ÿ˜ข๐Ÿ˜ข sobs sobs.. sedih ada gembira pun ada. Sedih coz dah 7 tahun aku berkhidmat di sini.. posisi agak selesa tapi pengorbanan perlu dibuat demi keluarga tercinta.. demi Arif & ayah Arif la kan.

Setelah fikir masak2 & berbincang ngan hubby..kami bersetuju untuk kami pulang ke Johor memandangkan hubby still tak dapat transfer ke KL dan company aku pulak tak ada branch kat Johor. So pulanglah kita ke kampung sementara aku dapat job baru (baru nak apply ๐Ÿ˜‰) demi merapatkan perhubungan jarak jauh kami..yelah kesian kat Arif jauh dari ayah kan.

Minggu akhir ni banyak la undangan makan2 dari boss.. kawan2 .. client & vendor..diakhiri dengan farewell party dari company..sedih toksah citer la.. tapi aju bersyukur dgn apa yg aku dapat selama ni.

Ok.. moving foward..just for our Rifqi.. ๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜™

My 1st trial...

Noha is testing to biuld her own blog...geh ngeh ngeh..

5 makanan paling tidak sesuai untuk bayi.




Sedang mencari -cari resepi untuk Arif.. semenjak umur Arif 6 bulan, Arif hanya diberi nestum, bubur kisar & biskut yang ready made di pasaran je..tapi makin lama dia dah xnak dah biskut beras yg dulu jadik favourite dia..so time Ibu to survey le apa yg elok untuk pemakanan Arif skang lagi-lagi 11 bulan nih (yeyy..tak lama lagi nak prepare untuk dia 1 tahun plak..sooo excited!!)...so ini survey setakat nih..




5 makanan paling tidak sesuai untuk bayi.

Menurut artikel di dalam BabyCenter.com, terdapat 5 jenis makanan yang harus dijauhi oleh bayi sama sekali. Makanan-makanan ini mempunyai kandungan kalori yang tinggi dan rendah khasiatnya, sedangkan dalam proses tumbesaran bayi, bayi amat memerlukan makanan yang tinggi kandungan khasiatnya. 5 jenis makanan ini adalah:

1) Soda
Percaya atau tidak, ada sesetengah ibu bapa memberikan soda kepada bayi mereka seawal usia 7 bulan. Tidak kisahlah sama ada soda ini jenis biasa ataupun jenis diet (diet soda), ia langsung tidak mengandungi apa-apa khasiat atau nutrisi. Soda biasa mengandungi kandungan gula yang sangat tinggi, di mana ia boleh merosakkan gigi bayi. Selain itu, perut bayi yang kecil mudah kenyang, bermakna jika mereka telah minum soda, mereka akan kurang menerima makanan berkhasiat yang diperlukan oleh tubuh badan mereka.

2) Jus Buah-buahan
Secara amnya, mesti kita berfikir yang jus buah-buahan merupakan antara makanan berkhasiat untuk bayi, memandangkan ia datang daripada buah. Buah pula tinggi kandungan khasiatnya, kan? Salah tanggapan ini. Walaupun jus datang daripada buah, kandungan serat buah akan hilang sewaktu semasa pemprosesannya. Yang tinggal hanya kandungan gula yang tinggi. Menurut pakar peadiatrik, Ari Brown "Jus hanyalah membazirkan kandungan kalori"
Penggunaan jus terutamanya seperti jus epal, dan jus buah pear untuk memaniskan makanan bayi juga bukanlah idea yang baik. Kandungan gula didalam jus ini akan mempercepatkan perjalanan makanan di dalam usus bayi. "Apabila makanan melalui usus dengan cepat, badan tidak dapat menyerap khasiat makanan ini" kata Leanne Cooper, seorang pakar nutrisi dan penulis  buku What Do I Feed My Baby: A Step-by-Step Guide to Solids. Ia juga akan menyebabkan bayi mengalami cirit-birit.

Menurut Brown "Bayi dengan mudah dapat memperolehi vitamin C daripada satu hidangan kecil buah-buahan." American Academy of Pediatrics (AAP) mencadangkan bayi berusia 6 bulan ke bawah hanya memerlukan susu sahaja sama ada susu ibu atau susu formula. Bayi berusia 6 hingga 12 bulan pula boleh menerima sedikit jumlah air, namun susu ibu atau formula haruslah menjadi minuman utama mereka. Selepas bayi berusia 1 tahun, susu lembu segar boleh diperkenalkan.


3) Biskut
Biskut merupakan makanan yang sangat mudah didapati dan diberikan kepada bayi untuk dikunyah, tetapi hanya sedikit sahaja sudah mampu mengenyangkan bayi. Ini akan menjejaskan pengambilan makanan berkhasiat yang lain. Ia juga boleh menyebabkan bayi lebih cenderung kepada rasa manis atau masin. 

Pilihan yang lebih baik adalah sepotong buah-buahan sebagai snek. Jika anda ingin memberikan biskut kepada bayi, pilihlah bijiran rendah gula dan mempunyai nutrisi tambahan berbanding biskut biasa.


4) Makanan Diproses
Terdapat pelbagai definisi makanan yang telah diproses, tapi secara amnya, definisi makan diproses adalah segala bentuk makanan yang telah diubah daripada bentuk asal ia diperolehi (diternak,ditanam) - dan semakin panjang senarai bahan-bahannya- semakin banyak proses yang telah dilalui oleh makanan tersebut.  Dengan proses pemprosesan yang berat, makanan itu akan kehilangan kandungan nutrisinya dan ditambah pula dengan bahan tambahan yang tidak sihat.

Menurut Kate Geagan, dietitian dan pengarang buku Go Green, Get Lean "Semakin banyak makanan itu diproses, semakin berkurangan nilai nutrisinya dan semakin tinggi kandungan gula, garam dan lemak"

5)Pencuci mulut bergelatin (jeli/ puding)
Ramai yang beranggapan bahawa gelatin adalah makanan yang sihat untuk bayi kerana gelatin mengandungi protein daripada tulang dan tulang rawan binatang. Ianya salah kerana apa yang bayi perolehi daripada gelatin hanyalah gula, pewarna tiruan, perasa tiruan dan sedikit sahaja kandungan gelatin bagi menjadikan ianya lembut seperti jeli.

Memang benar gelatin mudah untuk ditelan, namun pencuci mulut yang lebih baik adalah seperti epal lenyek yang dipanggang, dan ditabur sedikit serbuk cinnamon. "Ia manis secara semulajadi dan mengandungi serat, vitamin dan enak dimakan dengan teksturnya yang lembut. Itulah pilihan saya" kata Gerbstadt


~ Sumber dari BabyCenter ~ ditranslasikan ke bahasa melayu ~

8 PINTU MURAH REZEKI

Renungan Bersama ;

"8 PINTU MURAH REZEKI" ialah:




1. Jangan Derhaka dengan Ibu Bapa.

2. Jangan Bergaduh dengan Saudara Mara.

3. “Tidak akan papa kedana orang yang pergi menunaikan haji..”


4. Sentiasa sembahyang sunat Dhuha.
5. Jangan tidur selepas solat subuh.

6. Selalu baca doa Al-Waqiah.

7. Rezeki ada dalam perkahwinan.

8. Rezeki ada pada anak “Semasa bayi itu lahir, 4 perkara ditetapkan antaranya ialah rezeki dan rezeki anak itu juga akan turun kepada ibu bapanya.

Arif Day Out : School Holiday

Bismillahirahmanirrahim..

Hari bawak Arif jalan-jalan sempena ayah balik & sempena mama Madihah  dan kakak-kakak Arif datang KL..yeay!! Nak pegi mana ya.. kita pegi Desa Waterpark & ICT (Plan baru :p) Let's Go Pocoyo!!


1) Desa Waterpark

Haaa posing baik punya kan mestilah nak berendam.. OK,, ayah & kakak Sarah dan Kakak Syita sedia berkhidmat untuk Arif yeeahaaa!! Ibu ngan mama jaga beg jelah ye..





2) Museum Treat Art

 OK dah penat main air.. esoknya kita pegi ICITY plak bawak mama jalan-jalan lagi. Plan asal mama nak balik Melaka arini tapi dek penangan Arif (muahaha) berjaya buat mama stay lagi 1 malam.. sekali bawak ayah balik huhu.. Jom kite ronda ICITY tapi kali ni masuk ke Museum Treat Art plak la.. murah je entrance RM5.00 seorang je.. so lets check it out !

About Me

Ibu kepada Muhd Arif Rifqi & Muhd Afif Rizqi Image result for emoticon juga tukang sibuk kepada En. Hasnor M Tahir Image result for emoticon

-Noha Salleh-

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wildan Syurgaku Muhd Arif Rifqi Bin Hasnor

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Afif Rizqi

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Today's Weather

Followers

Total Pageviews

Selamat Pagi Cinta..