Roses are Red, Violets are Blue

Love never crossed my mind until the day that I met you..

Arif Rifqi mengidap kanser darah Acute Myelogenous Leukimia (AML)

Setahun sudah berlalu.. pada tanggal ini 17 Nov 2014 kami telah berada di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia untuk proses BMAT iaitu pengambilan air tulang sum-sum untuk di diagnosed penyakit sebenar Arif berdasarkan tanda-tanda awal Arif iaitu lebam di kaki, muka pucat dan demam yang berulang.

Bone marrow aspiration and trephine(BMAT) is a critical part of the evaluation of patients with a number of haematological and other diseases. Due to the discomfort of the test it should not be performed unless the result is likely to affect management, also it should not be performed if other less invasive tests can beused to reach a diagnosis. The main indications are for the investigation and diagnos is of leucopoenia, thrombocytopenia, pancytopenia, anaemia, splenomegaly, suspected metastatic cancer, fever of unknown origin, leukaemia, myelodysplasia, lymphoma, myeloproliferative disorders and lymphoproliferative disorders.




 Setelah menerima berita yang amat mengejutkan dan menakutkan bagi kami di Hospital Melaka pada 14 Nov 2014 yang lalu,  Arif akan menjalani proses BMA untuk menentukan jenis kanser darah yang dihidapnya. Allahuakbar hanya Allah yang tahu perasaan ibu ini Arif. Sepanjang perjalanan ke PPUKM dengan ambulan hanya doa dan zikir tak lekang dari bibir ibu nak.. ibu takut.. benar-benar takut. Macamanaibu nak menghadapinya disaat ibu sedang mengandungkan adik 5 bulan, Allah maha besar untuk beri ibu kekuatan..bukan.. bukan ibu yang kuat tapi Arif yang kuat sebenarnya. Hati ini bagai dirobek saat Arif menangis merayu pada ibu bila dicucuk untuk ambil sampel darah (fbc). Arif .. ibu kalau boleh tak nak ingat lagi saat itu nak.. lebih-lebih lagi dalam keadaan sekarang..

Ujian dari BMAT Arif disahkan menghidapi Kanser Darah jenis AML (Acute Myelogenous Leukimia) yang mana kanser yang cepat merebak dan kebanyakkannya dihidapi oleh orang dewasa.


Arif diberi ubat tidur untuk menjalani proses BMAT ini. Puasa dari pukul 4 pagi dan proses BMAT mula dalam pukul 0830 pagi. Hampir 6 jam baru Arif sedar dan menangis minta susu. 





Apa itu Leukemia ? ( written by Dr Mohamed Najib bin Mohamed Unni )
Leukemia adalah sejenis kanser darah yang menyebabkan pengeluaran sel darah putih terganggu. Ini menyebabkan sel darah putih membahagi dengan cepat dan dikeluarkan. Sel-sel ini tidak normal. Apabila bilangan sel-sel ini meningkat, ini akan menganggu keupayaan sumsum tulang untuk menghasilkan sel darah merah dan Platelet.
Leukemia dapat dibahagikan kepada Leukemia Akut ( Acute Leukemia ) atau Leukemia Kronik ( Chronic Leukemia) . Untuk golongan kanak-kanak, 95% kes adalah Leukemia Akut. Leukemia Akut pula dapat dibahagikan kepada Leukemia Limfositik (ALL) atau Leukemia Myelogenous ( AML) Leukemia akut adalah jenis barah paling biasa berlaku di kalangan kanak-kanak.

Apakah tanda-tanda pesakit Leukemia ?
Di antara tanda-tanda pesakit Leukemia ialah :
Pucat , mudah lebam , bintik-bintik merah pada badan , pendarahan hidung dan gusi, sakit sendi, pembengkakan kelenjar limfa , lemah dan letih lesu dan juga sakit kepala. Sebilangan pesakit lelaki boleh mengalami pembengkakan buah zakar (testis) .

Macam mana boleh kena ?
Tidak ada satu sebab yang telah dikenalpasti untuk penyakit Leukemia. Kajian masih dijalankan untuk mengenalpasti punca penyebab penyakit Leukemia. Kanak Kanak Down Syndrome mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mengidap penyakit Leukemia berbanding kanak-kanak lain.

Bagaimanakah penyakit Leukema dikenalpasti ?
Riwayat penyakit pesakit dan pemeriksaan fizikal akan dilakukan oleh doktor. Doktor juga akan mengambil darah pesakit untuk ujian awal. Darah pesakit juga akan di letakkan atas slaid dan dilihat di bawah mikroskop untuk mengesan sel-sel `blast’ iaitu sel-sel yang tidak normal.
Jika ujian awal menunjukkan ada kemungkinan pesakit mengidap Leukemia, pesakit perlu menjalani prosedur pengambilan sum-sum tulang . Doktor akan menyuntik jarum ke tulang pinggul bahagian belakang untuk mengambil darah dari sum-sum dan juga cebisan tulang. Pada masa yang sama, doktor juga akan mengambil sampel air tulang belakang untuk mengenalpasti sama ada sel-sel kanser telah merebak ke otak atau sebaliknya.
Jika pemeriksaan awal menunjukkan pembengkakan zakar, pengambilan sampel tisu zakar juga perlu dilakukan.

Bagaimanakah Leukemia dirawat ?
Leukemia di rawat dengan ubat kemoterapi. Kemoterapi adalah ubat yang agak kuat yang digunakan untuk membunuh sel-sel kanser. Tempoh rawatan kesuluruhan adalah untuk 2 tahun. Pesakit yang mempunyai sel-sel kanser dalam air tulang belakang juga perlu menjalani rawatan radiasi. Sebahagian rawatan memerlukan pesakit berada dalam wad dan sebahagian yang lain pula boleh dilakukan sebagai pesakit luar ( daycare) . Setelah tamat rawatan, pesakit akan diberi temujanji di Klinik Pakar Kanak-Kanak Onkologi untuk follow up susulan. Sehingga kini, tiada rawatan tradisional atau alternatif yang terbukti untuk membunuh sel sel Leukemia.

Bolehkah pesakit Leukemia sembuh ?
Pesakit Leukemia `Standard Risk’ mempunyai peluang sembuh setinggi 90% . Ini bermakna 9 daripada 10 pesakit Leukemia kanak-kanak mempunyai peluang yang baik untuk sembuh. Seperti juga kanser lain, penyakit kanser darah mempunyai peluang untuk berulang walaupun telah dirawat.



Ya.. kami teruskan dengan pilihan menjalani chemotheraphy. - 5 cycle :
1) Cycle pertama - 8 hari chemotheraphy
2) Cycle kedua - 8 hari chemotheraphy
3) Cycle ketiga - 5 hari chemotheraphy
4) Cycle keempat - 5 hari chemotherapy

Mengintai Kenangan

Arif,

Genap 2 bulan Arif meninggalkan ibu.. harus bagaimana ibu nak gambarkan perasaan ini,, hanya pada Allah dan Afif ibu mengadu.. Ibu berdoa moga ibu terus diberi kekuatan untuk terus redha dengan Qada' dan Qadar Allah ini.. tapi naluri ibu kadang-kadang tak kuat nak..ibu tewas dengan memori Arif.

Dua bulan ni ibu, ayah & Adik Afif banyak menjejak memori Arif...di rumah mak ngah tina, mak ngah mun & pak ngah Syahir, rumah atok pagoh & atok kampung, rumah mama dan banyak lagi. Mana kami pergi disitulah kenangan Arif kuat terbayang. Arif tahu tak, mana saja kaki ibu melangkah disitulah ada Arif. Ibu sempat jenguk Baby Muaz,, Acik Asiah.. kami sama-sama sedu Arif.. Allahuakbar...






Kerana Terlalu Sayang - satu peringatan untu diri ini

Kerana Terlalu Sayang



Setiap yang bermula, pasti ada akhirnya. Setiap yang hitam, pasti ada putihnya. Setiap yang kabur, pasti ada jelasnya. Dan setiap yang benci, pasti ada sayangnya. Setiap yang sedih, pasti ada gembiranya. Begitulah, setiap yang hidup, pasti ada matinya.

Dulu, ketika dia hidup, baktinya berbuah rasa kasih. Dia penyeri kehidupan kita. Kadang-kadang, hanya dengan memandang wajahnya, kita merasakan tenang dan senang. Seolah-olah, diwajahnya itu ada nur yang menceriakan, ada jalan keluar setiap kebuntuan. Saat kita sedih, dia datang, tanpa berkata apa-apa dia mengusap kepala kita. Hanya dengan itu, kita sudah dibumbui ketenangan. Luka bertukar suka, pahit ditelan manis, dan segala derita hilang, hanya dengan senyuman di wajahnya.

Kita tahu, dia bakal pergi suatu hari nanti. Tapi, saban hari kita mendoakan, agar lebih baik jikalau kita yang pergi dahulu. Sungguh, kita tidak tegar kehilangannya, kerana kehilangan itu suatu penyiksaan. Bukan kita menghalang ketentuan Allah, tapi kerana terlalu sayang… terlalu sayang. yang itulah ikatan kita dan dia, jika tidak, biar berjauhan sekalipun, kita tidak merasakan apa-apa. Tegarnya Allah ‘merampas’ kekasih kita, begitukah Allah, suka melihat kita berduka?

Tidak. Kita yang melihat diri sendiri, justeru jika kita yang berduka, maka kita yang menilai. Antara sayang kita kepada dia dan sayang Allah kepada dia, yang mana lebih bernilai? Sanggupkah kita bertanding dalam mengukur sayang kita dengan sayang Allah? Usahkan sanggup atau tidak, layak pun sudah tiada. Allah cuma cebiskan sifat sayang sesama hamba dengan kadar yang sedikit, itupun sudah meronta-ronta kehilangan, sedangkan, di sisi Allah, sayang itu lebih bermakna dan bernilai.

Biarlah, dan redhalah, disana ada Allah yang menjaganya. Ada mahligai untuknya, dan dia bakal menanti kita jua. Cuma masa sahaja yang menentu, samada, kita bakal menyusulnya cepat, atau lambat.
Adakah kehilangan dia lebih bermakna daripada kehilangan jati diri? Bersedihlah kerana kehilangan yang sementara itu, tapi usah memendam rasa terlalu lama. Usah berkabung macam puteri hilang takhta. Tapi, belajarlah untuk menerima hakikat. Itu satu ujian daripa Allah juga, kerana mungkin, hakikat yang lebih pahit dari itu bakal menyusul nanti. Bersedia untuk menerima, kerana hakikat adalah sesuatu yang amat pahit.
Doakan semoga rohnya bahagia di sana, bersama dengan mereka yang telah pergi, dan bersama dengan baktinya buat kita dahulu. Berdoalah agar penamat baginya ialah syurga yang tersergam indah itu, agar, dia bisa mempersiapkan sebuah mahligai untuk menyambut kehadiran kita kelak.

Utuskan salam alfatihah, sebagai peneman yang kita utus untuk menjaganya. Tapi, usah kita lupa, Allah sentiasa menjaganya. Kadang-kadang kesyukuran kita belum cukup atas segala nikmat dan anugerah yang Allah berikan. Sebab itulah, Dia mengambil kembali nikmat dan anugerah itu. Mungkin juga, kehilangannya menyebabkan kita lebih memahami erti tawakkal, justeru, itu satu lagi ujian buat kita.
Dia sudah pergi, bersama dengan kasih yang kita resmi. Segala kenangan kita dan dia di dunia, kita basmikan dengan satu doa. ‘Ya Allah, pelihara dia disana’.

Tidak wajar kita berbungkam, dengan langkisau yang menumpang. Kerana angin ribut bakal berakhir jua. Kata pepatah ‘kita tidak akan berpijak pada air yang sama di sungai, kerana ianya sudah mengalir pergi’. Usah diingatkan terlalu, apa yang telah berlalu. Dengan kehilangan dia, mungkin kita perlu lebih belajar untuk menghargai sesuatu atau seseorang.
Dalam diam, bermujahadahlah kita untuk menerima hakikat yang selalunya pahit. Dalam diam, berdoalah agar kita juga pergi menyusulnya suatu hari nanti. Cubalah, untuk belajar menerima kehilangan, kerana kehilangan bukanlah asing dalam kehidupan.
Bukan kita tidak sanggup, tapi kerana terlalu sayang. Bukan kerana tidak mampu menerima hakikat, tapi ikatan kita terlalu kuat. Kehilangannya mungkin membuatkan kita belajar untuk lebih bersyukur. Tiada apa yang kekal di dunia ini, itu hakikat yang harus kita terima.
Atau kita lebih terbelajar untuk tidak terlalu menyayangi, tidak terlalu mencintai. Kerana itu akan membuatkan kita hilang kualiti peribadi. Saat kehilangan, apa yang harus difikirkan lagi. Segerakan persiapan, tabahkan jiwa, dan runtunkan hati untuk lebih menerima.

Dahulu kita sudah memberikan sepenuhnya kasih kita kepada dia. Ikhlaskan semua itu. Kerana, jika kita ikhlas memberi, mengapa kita takut untuk tidak menerima? Apa yang berlaku, semuanya bermakna untuk sesuatu, sesuatu keikhlasan. Lihatlah, Allah bukan ingin menghancurkan kasih dan sayang kita, tapi Allah ingin sayang kita pula, lebih dari sayang kita kepada dia dahulu.
Terimalah perpisahan dengan tenang. Kerana itu lumrah kehidupan. Biarpun pahit, semuanya satu suratan.
Sahabat, bersedihlah untuk kita yang belum tentu bagaimana akhirnya kita.

Redha Ibu Untukmu - 40 hari telah berlalu



Hari ni genap 40 hari Arif Rifqi pergi meninggalkan kami.. Petang tadi singgah kubur Arif.. nak jenguk Arif.. dah 3 4 hari ibu tak datang.. bukan tak nak datang sayang.. Ibu cuba sesuaikan masa..lagi ayah dah start kerja.. Nanti ibu datang ziarah Arif lagi ye sayang.

Banyak yang hendak dikongsi mengenai sakit yang di deritai Arif tapi aku masih belum kuat sepenuhnya untuk mencoretkan kembali satu persatu peristiwa duka ini,, sekarang ini hanya bertahan mengumpul kekuatan dan kekal redha atas ketentuan Allah.. dugaan untuk kami, pengajaran juga untuk kami. Bukan tidak redha cuma kenangan Arif begitu kuat dalam hidupku. Manakan mungkin ibu melupakanmu nak.. dari lahir hingga kau pergi kita tak pernah terpisah.. hanya 8 hari saja sebelum itu..itupun kerana ibu terpaksa tinggalkan abang dengan ayah untuk melahirkan adik Afif. Masih terbayang liuk gerak lincahmu.. satu persatu ibu kena berfikir untuk menjawab segala persoalanmu.. juga pangkuan terakhir ibu untukmu..masih segar terbayang dlm ingatan.

Genap sebulan Arif pergi, kami ada appoinment dengan pihak hospital Muar untuk sesi kaunseling. Ibu paksa kuatkan kaki melangkah pergi ke wad daycare.. melalui bilik ISO wad 15 dimana tempat  terakhir Arif tinggalkan ibu.. Allah.. Allah.. Astaghfirullah.. Allahuakbar.. kuatkanlah aku ya Allah..Allah maha pengasih lagi maha penyayang. Macam-macam soalan doktor kami kena jawab.. atas dasar redhalah ibu mampu bertahan di sana..

Khamis baru ni pula ibu dan ayah pergi menempah kepuk untuk Arif.. Insyaallah dalam sebulan siaplah untuk tanda persemadianmu nak.. Hanya Allah tahu perasaan ibu masa memberikan butiran Arif.. getar rasa hati ini..

Sayang ibu, ibu tahu Arif bahagia di sana, kekal sihat, dan melupakan segala penderitaanmu di dunia ini nak,, secara tak langsung mengubat hati ibu.. wildan syurga ibu.. ibu jumpa artikel ini yang mana sedikit sebanyak membantu ibu untuk terus tabah. Moga ibu, ayah & adik Afif mendapat tempat yang sama denganmu disana, dan semoga kami antara yang mendapat syafaat Rasulullah S.A.W untuk bersama-sama Arif disana.. insyaallah..amin.

Al-Fatihah buatmu sayang Arif Rifqi.
23072012 - 03092015


Disamping para malaikat dan Hurul-aini (bidadari syurga), maka kanak-kanak yang meninggal dunia sebelum baligh, juga menyambut kedatangan ibu bapanya di pintu syurga. Sabda Rasullulah saw yang bermaksud : " Ketika aku mikraj ke langit, tiba-tiba aku mendengar suara kanak-kanak. Aku bertanya : " Wahai Jibril, siapakah mereka itu?" Jibril menjawab : Mereka adalah anak cucu orang Islam yang meninggal dunia sebelum baligh. Mereka itu di asuh oleh Nabi Ibrahim as sampai orang tuanya datang." (HR. Abu Daud)

Anak-anak orang Islam yang meninggal dunia pada waktu kecil, dia alam Barzakh dia dikumpulkan pada suatu tempat di bawah penjagaan Nabi Ibrahim as. Setelah kiamat tiba, mereka langsung dipindahkan ke dalam syurga. Jadi mereka tidak melalui Mahsyar,hisab,mizan dan sebagainya.

Sabda Rasullullah SAW yang bermaksud : "Tiap-tiap anak orang Islam yang mati sebelum baligh akan dimasukkan ke dalam syurga dengan rahmat Allah." (HR. Bukhari dan Muslim)

Setelah dipindahkan ke dalam syurga, maka anak-anak kecil ini lupa kepada kehidupan dunia. Mereka lupa kedua ibu bapanya, lupa kepada kampung halamnanya dan sebagainya. Tiba-tiba pada suatu hari, ketika mereka sedang bermain-main menikmati kesenangan syurga, maka ada malaikat yang memberitahukannya: "Wahai Wildan, lupakah kamu kepada kedua orang tuamu?Sekarang mereka sudah berada di pintu syurga. "Ketika itulah baru mereka tahu dan ingat kembali kepada ayah bonda mereka yang selama ini mereka lupakan.

Mendengar apa yang dikatakan oleh malaikat itu, dalam keadaan menangis dan membawa air dengan segera mereka berlari menuju ke pintu syurga. Sesampainya di sana, mereka melihat Hurul-aini sedang tegak berbaris sepanjang jalan dengan memakai pakaian dan perhiasan yang serba indah.

Setelah pintu syurga terbuka, dengan diiringi nyanyian merdu Hurul-aini, maka orang-orang pun berebut masuk ke dalamnya, dan ketika itulah anak-anak kecil ini sibuk mencari kedua ibu bapanya. Mereka mencari ke sana ke mari, tetapi tidak berjumpa. Sambil menangis dan memgang air tangan maka pergilah mereka kepada malaikat serta bertanya: "Wahai malaikat, mana ayah dan ibu kami?"

Menjawab malaikat: Wahai Wildan, sungguh malang nasib kamu, kedua orang tua kamu terjatuh ke dalam neraka." Mendengar ungkapan yang demikian itu, maka anak kecil tadi menangis sejadi-jadinya, menangis menghiba dengan ratapan yang menyayat hati: "Wahai ibuku, wahai ayahku,apakah kesalahanmu,apakah dosamu sehingga kamu terjatuh ke dalam neraka?Begitulah ratapan mereka.

Berkata Malaikat: "Wahai wildan jangan menangis, pergilah kamu memohon bantuan kepada Nabi Muhammad SAW." Setelah anak kecil ini mengadu kepada Nabi Muhammad SAW, maka Nabi Muhammad pun mengangkat kedua tangannya berdoa, lalu dikeluarkanlah orang-orang mukmin yang berda dalam neraka itu. Inilah syafaat Nabi Muhammad SAW yang ketiga di akhirat. Petama pada waktu ditimbang antara dosa dan pahala, yang kedua pada waktu meniti Shiratul Mustaqim yang ketiga ketika mengeluarkan orang dari dalam neraka. Maka ketika itu bertemulah antara anak-anak kecil tadi dengan kedua orang tuanya dengan perasaan gembira.

Firman Allah SWT yang maksudnya : "Pada hari itu mereka berjumpa dengan perasaan gembira. " (Ad-Dahr: 11)

PUISI BUAT RIFQI KU WILDAN SYURGA

Rifqiku (Pendampingku Muhammad Arif Rifqi B. Hasnor)
 
Rifqiku..
Nov 2011 gembira syukur kami tak terperi
Khabarmu akan melihat dunia 8 bulan nanti
Disaat kami dahagakan penyeri
Setelah 4 tahun lama menanti

Rifqiku
23 Julai 2012 tarikh diingati 
Anugerah Allah yang kami nanti
Ramadhan 3 1434H ibu gagahi
Melahirkanmu dengan penuh kasih

Rifqiku
Hadirmu memberi warna
Peneman ibu disaat suka dan duka
Segala cabaran kita tempuhi bersama
Seindah namamu Rifqiku pendampingku jua

Rifqiku
Bagaikan gugur jantung ini 
Disaat kami dikhabari
Kau menderita sakit duniawi
Bukan calang-calang dideritai

Rifqiku
Disaat ibu kandungkan adikmu
Kita berempat berumahkan wad
Luluh hati ibu melihat kau merayu
Disaat mohon belas kasihan
sepanjang kau mendapatkan rawatan 

Rifqiku
Ibu serahkan buah hati ibu pada Allah
Disaat adik Afif hendak menjengah dunia
Tidak sabar agaknya hendak berjumpa
Menemanimu mengharung segala

Rifqiku
8 hari itu siksa bagi ibu
Denganmu tiada disisi ibu
Siang malam ibu menatap gambarmu
Menunggu kepulangan duhai anakku

Rifqiku
Saat itu menjelma lagi
Dikala kami dikhabari
Penyakitmu kembali lagi
Perlu rawatan yang kuat sekali
Tidak sekali ibu sanggupi
Melihat anak ibu tersiksa lagi

Rifqiku

Segala pelusuk kita jelajahi
Mencari penawar pengubat diri
Melihat kau tersenyum disisi
Tekad ibu agar kau pulih kembali

Rifqiku
Aidilfitri 1436H itu takkan ibu lupa
Senyummu menawan keletahmu manja
Disisi Afif penuh gayanya
Rupanya terakhir kau beri tanda

Rifqiku
Puas sudah kau menderita
Tanggisanmu sudah reda
3 September 2015 kau pergi jua
Menghadap Allah sang pencipta

INNALILLAHIWAINNAILAIHIRAJIUN
Mudahnya kau dijemput Ilahi
DariNya kau datang
KepadaNya kau pulang
Tak kulepas wajahmu kupandang
Buat tatapan terakhir untukku bawa bekal
Pergimu kuiringi dengan keredhaan
Walau dihati penuh rintihan
Pergilah sayang buah hati ibu
Ketaman Firdausi menemui penciptamu
Ibu disini bertabah hati demi ayah dan juga adikmu

Damailah sayang wildan syurga ibu
Deritamu sudah tiada lagi
Kuserahkan buah hatiku Ya Allah kepadaMU
Dengan tenang jemputanmu anakanda sahuti

Berpisah kita didunia selamaya
Bahagialah Rifqiku
di taman sana
Wahai wildan syurga ibu sayang
Doa ibu amalan memihak kita
Berhimpun bersama keluarga tersayang
Mengharap syafaat Rasulullah tercinta
Dihari kami dihimpunkan sana
Jemputlah kami wahai anakanda
melepaskan kerinduan yang tak terhingga 

Ya Allah anugerahmu yang tak terhingga
Muhammad Arif Rifqi Bin Hasnor





 





Arjuna Beta Muhammad Arif Rifqi


Muhammad Arif Rifqi Bin Hasnor
23 Julai 2012 - 03 September 2015

Damailah wahai wildan syurgaku.. ibu redha pemergianmu adalah yang terbaik untukmu.. Moga Allah kabulkan doa ibu untuk kita berempat berhimpun bersama di sana, Tunggu ibu ya abang.. Abang anugerah terindah buat ibu, ayah dan adik Afif.. tidak pernah menyesal melahirkanmu sayang..3 tahun  hadirmu sebagai penyeri hidup kami.. siksaanmu di dunia telah berakhir..

Annakku Arif.. doakan ibu tabah kerana ibu tahu abang sudah bahagia di sana.. bersama wildan2 syurga yang lain.. di jaga pula oleh Nabi Ibrahim Alaihi Salam.. sungguh bahagia dikau nak.. yang terpilih antara yang lain..Subhanaallah Allahuakbar..

Sumpah.. hati ini terusik tiapkali melihat gambarmu.. videomu.. aksimu.. terbayang setiap tutur katamu. keletahmu .. paling ibu tak lupa saat kitabersama-sama bertiga diatas katil wad 4D paed PPUKM nak..menunggu ayah datang menemani di kala hujung minggu.. terima kasih ayah atas pengorbananmu.. bau wangi kepalamu masih ibu terbau..wanginya Ya Allah.. didunia lagi sudah kau tunjukkan istimewanya Rifqi kami. Damailah anakku sayang.. Arif..takkan hilang dari hati kami.

Allahummafirlahu warhamhu waafi wa fuanhu..
Al-Fatihah anak syurgaku Muhammad Arif Rifqi Bin Hasnor
Ya Allah.. Kabulkan permintaan kami untuk berjumpa di syurgamu Ya Allah.. semoga kami mendapat syafaat junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W di sana nanti. 
Aamiin ya Rabbal 'alamin.




Arjuna Beta - Fynn Jamal



Verse 1

Tak kanku biarkan walau ribut menyentakmu yang tidur

datang petir menyambar

jengking dan ular–

bonda takkan berundur



nyamanlah arjuna beta

mimpikan yang indah saja

nanti bila kau buka mata

semua tak serupa



verse 2


kan ada satu ketika kau tak tahu mana nak pergi

jalan betul, anakanda,

tak jelas mata–

ambil yang sarat duri



hiduplah arjuna beta

biarkan jasad yang luka

selama tuhanmu ada

takkan engkau tercela



chorus



ngeri tak terbayang mata

bonda takkan ada sentiasa

nanti moga kau tak lupa

bonda memujukmu, anakanda



hiduplah arjuna beta

biarkan jasad yang luka

selama tuhanmu ada

takkan engkau tercela



nyamanlah arjuna beta

mimpikan yang indah saja

nanti bila kau buka mata

semua tak serupa



Ada 5 perkara kegelapan dan penerangnya juga 5 perkara 

iaitu:

1. Cinta dunia itu adalah kegelapan dan penerangnya adalah takwa. 
2. Dosa itu adalah kegelapan dan penerangnya adalah taubat.
3. Akhirat itu adalah kegelapan, penerangnya adalah amal soleh. 
4. Kubur itu adalah kegelapan, penerangnya adalah kalimah syahadah.
5. Titian sirat itu adalah kegelapan, penerangnya adalah yakin. 


Sayidina Abu Bakar pernah berpesan, katanya: Siapa yang meninggal dunia tanpa membawa bekalan sama seperti orang belayar ditengah lautan tanpa berperahu.

Arif.. day 4 after you left us.. 😢

7 September 2015.. hari ke 4 pemergianmu sayang..masih gagal untuk ibu coretkan.. masih ke pusaramu setiap pagi.. masih kurenung pembaringanmu.. masih.. masih.. Allahurabbi..

    " jangan kau fikirkan & tanyakan ' kenapa, mengapa, jika, kalau.. ' kerana itu bisa mengundang ketidak redhaanmu atas Qada' & Qadar Allah.. "terima kasih sahabat atas ingatanmu..



Completed AML 5 Cycle Protocol. Alhamdulillah

Alhamdulillah Arif dah complete cycle terakhir untuk protokol AML ni. Gedebak gedebuk 4 bulan jugak la kami menghuni wad 4D ni,, sepanjang menjalani rawatan kimoterapi di PPUKM ni nampak perkembangan Arif baik, cuma untuk cycle terakhir ni dia lambat recovery sikit dari biasa. Mungkin sebab dah terlalu banyak ubat chemo yang dia terima menjadikan kali ini badannya agak lambat recover. Ya Allah kau lindungilah anakku,, sembuhkanlah Arif ya Allah. tak sanggup lagi aku lihat dia dicucuk sana sini..

Selesai cycle ini Arif akan menjalani BMA lagi untuk memastikan tiada lagi sel kanser dalam darah Arif sebelum masuk ke fasa maintenance. Doa kami semoga dipermudahkan semuanya.. Amin. So doctor dah setkan masa untuk BMA lagi, review chemoport dia yg bermasalah (mungkin nak kene removed takut infection plk). Officially set tarikh on April untuk start maintenance.


PLAN FOR CHEMOPORT REMOVAL

Nak cerita pasal chemoport Arif ni..mujur dah complete cycle so doc plan untuk buat BMA sekali masa nak remove chemoport t. Kami setuju la dan rasa bernasib baik juga cz kesian Arif asyik mengadu sakit pada chemoport tu. Aku suspect dia lambat recover dari last cycle ni pun pasal sakit kat tempat yg sama..plus aku tak jaga dia sepanjang tempoh recovery (bersalinkan adik Muhammad Afif ). Bagi pesakit cancer ni emosi dan ketahanan badan amat penting. sedikit sebanyak ianya mengganggu proses recovery..untuk badan build up semula antibodi, sel2 darah dan sebagainya.

Tu berita yang kurang selesa bagi kami, Tapi yang menggembirakan, doc dah bagitau Arif dah boleh beraktiviti macam dulu cuma jangan bagi lasak sangat, dah boleh keluar rumah cuma hindarkan tempat banyak orang dan berpotensi untuk sakit berjangkit contoh hospital dll..

First Night without Arif : Kedatangan Ahli Keluarga Baru

16 Mac 2015

Tak tahannya sakit gigi tang yang berlubang t..Allah.. layan Arif yg dah complete 4th cycle - final protocol yeay!! Walau aktif tapi tanda2 nak demam dah nampak.. kerana dah biasa just support Arif untuk minum n makan  supaya dia kuat utk build semula antibodi dia. My little hero the real fighter!! Rambut pun dah tumbuh skit.. Alhamdulillah setakat ini semua berjalan lancar.. cuma tunggu Arif recover dan new coming baby jelah harap sempat keluar wad ngan Arif.. budak botak sayang ibu buah hati ibu..wanginya kepala dia.. manis senyuman dia n loyar buruk boleh tahan. Belum soalan keramat 'KENAPA' lagi sampai Pak Lang Dean pun penin huhu.. 😛

Doktor wad dah aturkan untuk klinik gigi PPUKM tp x dapat cabut cz dah 36W. Hmm tabahkan lah gigi ku..


18 Mac 2015

Bangun awal harini bersiap cpt mandi semua. Mana tau arini doc gigi panggil.. sambil lepak ngn Arif sayang.. mummy Baby Ho belanja nasi lemak huhu tq kawan. Share ngan Arif.. makan la nak.. syg anak ibu..

Dari pagi dah rasa cam lain macam..cam contraction pun ada.. awat kerap 15 min lak ni..Allah.. xkan dah nak kuar baby.. sabar la.. abg blom keluar  wad lagi sayang.. tolong ibu nak.. tolong abg Arif ye..

Acik Asiah mak Baby Muaz layan Arif jap sementara Prof Hamidah n doc pakar wat round pagi ni. X sdp ati.. call hubby mintak dtg wad ptg ni gak..cz dah rasa lain mcm.. dalam dok kumat kamit baca doa mudah bersalin.. makan kurma ngan arif.. (asiah paksa huhu) Membebel makcik t dok pesan mcm2 kalo betul due dah..xboleh jadik ni. Sakit contraction dah ttp 15minit selang.. Allah.. mcmn ngan Arif?? Sapa nak jaga Arif.. Ya Allah permudahkanlah.

Call abg syahir mintak tolong amik kak ngah kat pj.. in case bersalin
Ya Allah.. hanya kau dapat membalas kebaikan abg syahir n kak ngah n keluarganya.. amin..

"Asiah.. kalau aku bersalin arini camne.. kau tolong jagakan Arif utk aku ye.. Srif x nak org lain.. dia nak acik Asiah je.. ibu muaz.. " aku sedih dlm pesanan tu.. aku x pernah pisah ngan Arif.. seumur hidupku.. tidak semalam pun. Ya Allah bantulah kami hadapinya. Berkali2 aku cium Arif..tersengih dia "sayang ibu" katanya.. bertakung skit air mata.. Depan dia x bleh nangis..kene kuat mcm dia..

" Kau jangan risau..aku ada blh jaga anak aku ni.. kau p beranak sana..jaga teran angkat punggung tau jgn koyak banyak. " dalam pujuk ada pesan.. dalam pesan ada tawa..ada sokongan..begitulah kami sejak berkenalan. Mcm adik beradik kata misi2 sini. Wad 4D nilah rumah kami.

YA Allah peliharalah hubungan silaturrahim kami ini.

Selesai prof Hamidah pusing..dia pesan ngn PK soh bawak aku p cek dulu.. risau dia.

"Arif dok sini jap ngn acik asiah ye.. nanti mak ngah Tina datang..ibu turun kejap je nak beli ubat mata Arif.."
Terkebil2 dia pandang aku.. pandangan sayu..
"Kejap je ke ibu?"
Aku angguk..dia pun angguk.. Allah nak.. tuhan je tau perasaan ibu masa t..pandanganmu.. sebenarnya aku pun rasa blom due lagi ni..x kan awal 2 minggu..baby bagi la ibu teman abg Arif..kita keluar wad sama2..

Tapi Allah menetukan semua..perncanganNya lagi hebat dari perancanganku. Turun bawah doc scan n cek jalan..Allah dah bukak 2 cm rupanya.. doc trus advice utk cepatkan proses bersalin.. pecahkan air ketuban cz contraction dah kuat

ALLAH!!
Macamana ngan Arif?
Dah sampai ke kak ngah?
Arif..maafkan ibu..ibu x naik wad balik.. ibu nak keluarkan adik..macam yang ibu cerita ngan Arif sblum ni.. tp ibu tak sangka secepat ini. Bukan pikir sakit  contraction, byk pikir Arif.. Arif.. Arif..

Hubby call dah otw katanya dri Pagoh.. abg Syahir dah ambik Kak Ngah n trus p wad 4D.. jagakan Arif utk ku Ya Allah.. Mak mertua n mak dari kg menangis telefon pikir aku nak bersalin sorg2.. jgn risau mak.. ini bahagian aku..doa n kemaafanmu yg kuperlukan. smoga pengorbanan ini dikira Allah utk anak2 ibu ni.. harta ibu dunia akhirat.
Dan..kol 4 ptg aku dah selamat bersalin anak lelaki..adik abg Arif.. Alhamdulillah tanpa sebarang ubat n epidural..sbb x smpat,  bb x sabar naK kuar.. hubby sampai dlm 1/2 jam kemudian utk azankan keluarga baru kami..now we are 4..thank you Allah.


19 Mac 2015

Baby Muhammad (unofficially) and ibu are OK so doc bagi discharged arini. Tunggu pak ngah Syahir datang amik untuk berpantang kat umah kak ngah di PJ. Tugas menjaga Arif kat wad hubby take over. Malam tadi Arif dah masuk bilik ISO coz dah demam kesan dari chemo cycle terakhir ni. Sabar ye nak..insyaallah abang sihat recover dari demam ibu bawak abang balik ye.Kita dok sama2 ngan adik Muhammad. Arif still tak nak bercakap di phone.. mungkin dia marah n merajuk aku tinggalkan dia. Hati ibu mana tahan..sebak rasa Allah je tahu..pertama kali ibu tak tido dengan abang.. Malam tadi x bleh tido ingatkan Arif. Tabah lah anak..kuatlah sayang..ibu kuat demi abang & adik.

Jalan with Arif lagi

Hari ni dapat cuti.. sebelum nak sambung ke 4th cycle.. kami bawak Arif pegi IKEA sambil hibur Arif sambil survey untuk nak masuk rumah baru insyaallah..of course dgn mama dia lah wit kakak2 Arif sayang..kakak sarah n syitah.. Ya Allah.. kau kurniakanlah kesihatan, kesembuhan dan kekuatan untuk arif kami Ya Allah.. panjangkanlah jodoh kami.. mohon padamu Ya Allah.. amin Ya Rabbal Alamin..

Lusa kene p Wad lagi ye sayang.. nak repeat fbc sebelum decide next cycle. Doc pakar kata Arif is doing good with the protocol..Alhamdulillah. Sayang ibu.. pls be strong ye nak..kata nak jumpa adik in 2 months coming insyaallah.

Ready nak kuar wad..Yeay!!

Big Boss style! 
Happy Face.. makan dulu

About Me

Ibu kepada Muhd Arif Rifqi & Muhd Afif Rizqi Image result for emoticon juga tukang sibuk kepada En. Hasnor M Tahir Image result for emoticon

-Noha Salleh-

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wildan Syurgaku Muhd Arif Rifqi Bin Hasnor

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Afif Rizqi

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Today's Weather

Followers

Total Pageviews

Selamat Pagi Cinta..