Roses are Red, Violets are Blue

Love never crossed my mind until the day that I met you..

My Precious Rifqi

Alhamdulillah..

Selamat dah balik umah..sampai juga hajat nak berpantang kat Kampung..
Aku selamat bersalin 23 July 2012 @ 12.40pm..pergh..seksanya hanya Allah yang tahu..betul la syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

Aku mengharungi 18 jam untuk melahirkan Rifqiku.. maklum la anak sulung jadi mengambil masa sikit. Kelahiran secara forceps kerana aku dah x larat nak teran dah.. lemah seharian x minum.. fetal distress kata doctor.. lama sangat..Alhamdulillah dapat juga bersalin normal..

Maka dengan ini..Kami decide letak nama baby Muhammad Arif Rifqi Bin Hasnor  -
                  ‘Arif = Yang bijak, mengetahui, terpelajar, sholih, berwibawa,
                   'Rifqi' - Lemah lembut; Kawan Pendamping

Semoga pemilik nama ini menjadi seorang yang berpengetahuan..dijadikan kawan dan lemah lembut serta baik budi bahasanya.. AMIN..

Dalam dok tahan sakit sempat kami posing berdua sebelom kedatangan ahli baru nanti.. :D


Haaa pagi-pagi mesti dok berkepit ngan ayah.. semoga sejuk dua beranak ni..semoga kami dapat menjalani tanggungjawab baru ini dengan sebaiknya.. Amin.. syukur ya Allah..






Salam Ramadahan..

Alhamdulillah dapat lagi menyambut ramadhan tahun nih..bezanya aku sambut kat umah mertua..yelah dah nak due nih..bila-bila je baby bleh kuar nih..ikutkan klinik tarikh aku bersalin 24th July nih..hmm Ya Allah aku mohon semuanya berjalan lancar & selamat..Amin..

First ramadahan, aku gagahkan juga bersahur & berpuasa. Abah kata kalau x tahan buka r..jgn ikutkan sangat coz dah sarat dah kan..aku sengih..je..lagi r mentua akau offer kalo larat nak balik berbuka kat Batu Pahat pergilah..tapi janji kene balik Pagoh esoknya coz takut dah time kan. Wah orang ngantuk disorongkan bantal..yahooo... mak anak mak nak balik berbuka nih..x sabar rasa..n dengan tersenyum simpul gak Abah perli aku cz aku dah buka kul 2ptg..:D..isk..x sangka x tahan woo... rasa angin..takut jadik cam minggu 32 hari tuh...sangka kene angin gastrik..rupa2nya Braxton Hicks contractions ..hehehe..



Malam Nisfu Syaaban


Malam Nisfu Syaaban

shared from :
Shafiqolbu (14 Syaaban 1432H)

Maghrib ini (4.7.2012) akan masuklah 15 Syaaban 1433H iaitu Malam Nisfu Syaaban, kita disunat  menghidupkan malam ini seperti dilakukan oleh Rasulullah SAW dengan beristighfar, berzikir dan membaca Al Quran terutama surah Yasin kerana malam tersebut adalah malam yang amat mustajab dan penuh rahmat.
Sabda Rasulullah SAW: “Apabila tiba pada malam Nisfu Syaaban maka berjagalah kamu pada malamnya (melakukan ibadat) dan berpuasa pada siangnya kerana sesungguhnya Allah turun (merahmati hamba-hamba-Nya) pada waktu itu mulai terbenamnya matahari ke langit dunia. Allah SWT berfirman:“Siapa yang memohon keampunan maka aku akan mengampunkannya, siapa yang meminta rezeki, maka aku akan kurniakan kepadanya rezeki, siapa yang ditimpa bala aku akan melepaskannya. Adakah daripada kalangan mereka begini dan adakah daripada kalangan mereka begini (berturutan pertanyaan daripada Allah) sehingga terbit fajar?”    (Hadis Riwayat Ibnu Majah)
Terdapat beberapa riwayat lain yang menyatakan kelebihan Malam Nisfu Syaaban ini;
Rasulullah SAW bersabda: “Apabila tiba malam pertengahan Syaaban, Allah akan memerhatikan makhluknya dengan pemerhatian yang penuh. Maka Allah akan mengampunkan orang yang beriman, membiarkan orang kafir, meninggalkan orang yang berkhianat dengan kekhianatan mereka hingga mereka berdoa kepada Allah (untuk pengampunan mereka).”
Sabda Rasulullah SAW: “Sesiapa yang menghidupkan malam Nisfu Syaaban dan dua malam raya (Aidilfitri dan Aidiladha), hatinya tidak akan mati pada hari dimatikan hati-hati orang lain.”
Diriwayatkan oleh Al-Dar Qutnu dan Imam Ahmad darpada Syaidah Aisyah;  Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah  SWT turun ke langit dunia pada malam Nisfu Syaaban, maka Dia mengampunkan dosa-dosa hamba-Nya lebih banyak daripada bilangan bulu kambing Bani Kilab (Kabilah arab yang paling banyak kambing).”
.
.

AMALAN MALAM NISFU SYAABAN

.
A.   Setelah selesai solat sunat Ba’diyah Maghrib atau Isyak, bacalah Surah Yasin 3 kali dengan tertib dan setiap satunya diniatkan memohon:
  • Dipanjangkan umur dalam keadaan sihat untuk mentaati Allah.
  • Ditetapkan iman sehingga ke akhir hayat dan dijauhkan dari bala bencana.
  • Diluaskan rezeki yang halal dan diberkati.
Rasulullah SAW bersabda:  “Pada malam pertengahan bulan Syaaban, Allah menyampaikan wahyu kepada malaikat maut setiap orang yang akan dicabut nyawanya pada tahun itu.”  (Hadis Diriwayatkan oleh Ad-Dainuri)
.
B. Pada malam Nisfu Syaaban digalak memperbanyakkan beristighfar (memohon ampun) dan taubat dari segala dosa-dosa besar dan kecil serta mohon diampunkan Allah dosa-dosa ibu bapa dan keluarga kita. Antaranya;
C. Solat-Solat Sunat:
  • Solat Sunat Mutlaq
  • Solat Sunat Isyraq
  • Solat Sunat Dhuha
  • Solat Sunat Rawatib
  • Solat Sunat Awwabin
  • Solat Sunat Tahajud
  • Solat Sunat Tasbih
  • Solat Sunat Taubat
  • Solat Sunat Hajat
  • Solat Sunat Witir.
Nabi SAW bersabda: “Lakukanlah amalan setakat yang kamu terdaya. Sesungguhnya Allah tidak jemu sehinggalah kamu semua jemu.” Apa yang disukai oleh Rasulullah SAW adalah solat (sunat) yang sentiasa dibuat sekalipun sedikit dan Baginda SAW apabila mendirikan solat, maka Baginda SAW sentiasa berterusan di dalam berbuat demikian.” (Diriwayatkan oleh imam Bukhari r.a. dan imam Muslim r.a.)
.
D. Membaca Al-Quran dan memperbanyakkan sedekah.
.
.

SOLAT SUNAT MUTLAQ (NISFU SYAABAN)

Solat sunat Nisfu Syaaban dilakukan pada waktu malam 15 Syaaban. Ia boleh didirikan selepas mengerjakan solat Maghrib, Isyak atau bersama solat-solat sunat qiamullail.

Cara Mengerjakannya

1.  Lafaz niat:
Daku solat sunat malam Nisfu Syaaban dua rakaat kerana Allah Ta’ala.
.
2.  Rakaat pertama baca surah al-Fatihah dan surah al-Kafirun.
3.  Rakaat ke dua, selepas al-Fatihah baca surah al-Ikhlas.
.
4.  Setiap kali sujud, selepas membaca tasbih sujud, bacalah doa:
.
5.  Selepas memberi salam, bacalah surah Yasin tiga kali (sekiranya tidak sempat melakukannya selepas solat Maghrib, lakukannya selepas solat Isyak) dengan niat supaya Allah memanjangkan umur, menambah rezeki serta menetap dan meningkatkan iman.
.
6.  Akhir sekali, bacalah doa Nisfu Syaaban.
Maknanya;

Sesungguhnya Malam Nisfu Syaaban ini adalah kesempatan untuk menyuci dan memperbaiki diri dengan meminta ampun dari segala dosa bagi mendekatkan diri kepada Allah SWT.
Oleh itu, sewajarnya kita memperbanyak melakukan amalan soleh pada malam berkenaan sebagai satu medan latihan rohani ke arah mempersiapkan diri menyambut kedatangan bulan Ramadhan al-Mubarak.

والسلام


Menghitung Hari

Dah ready dah ker?

Hmm dah masuk minggu ke 37 dah tapi rasa tak sabar nak balik kampung je..nak rest..so this week is the last week keje..tapi makin nak cuti makin le banyak lak kejenye..macam2 quotation & DR preparation kene buat. Mintak-mintak sempat r nak balik deliver nih..tak sabar tunggu hubby datang amik bawak balik kampung. And as perancangan awal, cadang nak deliver kat Muar  coz dekat ngan tempat keje & umah hubby. Mak aku punya le wat muka time aku kata nak deliver kat Muar.. "Apsal tak bersalin je kat Batu Pahat?". Mak cik lak soh aku bersalin kat Kluang - dekat ngan umah dia n ada je orang nak hantar kalo dah time.. Hmmm poning palo... Last2 pujuk mak - bersalin kat Muar n berpantang kat Batu Pahat, semoga segalanya dipermudahkan Allah..amin..

About Me

Ibu kepada Muhd Arif Rifqi & Muhd Afif Rizqi Image result for emoticon juga tukang sibuk kepada En. Hasnor M Tahir Image result for emoticon

-Noha Salleh-

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wildan Syurgaku Muhd Arif Rifqi Bin Hasnor

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Afif Rizqi

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Today's Weather

Followers

Total Pageviews

Selamat Pagi Cinta..