Roses are Red, Violets are Blue

Love never crossed my mind until the day that I met you..

Hijrahku 1433H.. Thank You Allah!!


Blues Friday morning..bukan salah Hari Jumaat..tapi mood aku yang tak berapa stabil sejak sebulan dua nih..Ingatan pada arwah abah, pada mak, dan yang penting suami makin menjadi-jadi..
Sejak balik dari Raya Haji ari tu mood asyik nak marah2 jer.. hubby pun asyik tanya apsal ler selalu nak marah..naper erk..aku cakap biasa r..hormon pompuan dah nak dtg kot..macam biasa r tuh..rupa2nya ada berita baik untuk kami..:)

Hijrahku...

maal hijrahTiada kata apa yg mampu aku luahkan, padaMu ya Allah aku bersyukur atas rahmatMu.. 3 tahun kami melayari bahtera dgn penuh pengharapan, baru kini kau kabulkan doa kami Ya Allah..Alhamdulillah syukur atas kurnianMu..Hambamu mengharapkan keberkatan dan RahmatMu agar semuanya selamat, Amin..

I'm 6 weeks pregnant!! 

X tau nak express perasaan ni macamana.. x sedar pun sebenarnya dah pregnant  walaupun period dah lewat..x nak mengharap cz dah selalu macam nih takut kecewa lagi..tapi dah perasaan tu macam2 p r gak check guna preg test kit..Mimpi ker aku? 2 line?? apakah?? Ya Allah..betul ke nih..terus call hubby soh balik..hehehe..balik gak dia walaupun patutnya minggu ni x balik..:) Sabtu terus p klinik for confirmation n doc sahkan dah 6 minggu..
Alhamdulillah..hubby aku nih tgk senyum x senyum..ntah apa agaknya ek dia pk aku pun x tau..mayb dia pun still cam aku x berapa rasa nak jejak kat bumi time nih..:) Apapun semoga perubahan baru ini menjadi titik permulaan yg baik untuk kami sekeluarga.. Ya Allah..permulaan tahun baru yang amat mengharukan bagi kami..Allahuakbar!!

Aidiladha 1432H.. Satu Pengorbanan..

AidiladhaTahun ni Aidiladha sambut kat rumah mentua..sayu r gak coz dapat tolong sikit2 je kat umah mak sebelum balik ke umah mentua and 1st year tanpa abah. Raya kedua baru balik kampung untuk wat korban kat sana. Entah ler lately nih flu menjadi2.. rasanya receptionist kat klinik tu pun dah boring tgk aku..lagi r farmasi..X pernah malam raya x tolong mak mentua kat dapur prepare untuk raya esok (walaupun selalu tukang cuci jer..cz masakan aku belum memenuhi piawaian diorang lagi :p ).. lepak ler plak n lastly hilang dalam alam mimpi yang indah..cewahh.. last2 laki aku yg sambung tolong masak huhu..tq dear..

Alhamdulillah selamat kami menjalankan ibadah korban untuk tahun ni..tercapai gak hajat nak wat korban kami suami isteri untuk mak and arwah abah sekali.. Hmm semoga ibadah kami di terima Allah hendaknya..amin..

Mak..Engkaulau Ratu Hatiku

Ibu..ibu..Engkaulah Ratu Hatiku..
Tempat Menyatakan Kasih..Wahai..Ibu..

Sana sini sibuk org dok wish Happy Mothers Day..memang sweet tapi bagi aku tak perlulah spesifik hari untuk meraikan orang yang telah melahirkan & membesarkan kita kan..hari-hari sepatutnya adalah hari untuk ibu..sebab tak terbandinglah pengorbanan mereka..tak kiralah ibu kandung ke..ibu tiri ke..ibu angkat ke..makcik kita pun dikira ibu juga kan..semestinya ibu mertua jangan dilupkan ;)..

Emak adalah orang amat penting dalam hidup aku..lebih-lebih lagi kami baru saja kehilangan abah sebulan yang lalu..sejak abah dah tak ada nih, lagi r aku rasa aku masih perlukan mak..bukan aku nak bergantung lagi kat mak..tapi aku masih mengharapkan kasih syangnya lagi..rasa tak puas..kadang-kadang rasa takut tak sempat nak balas kasih sayangnya..macam pemergian abah..aku rasa tak cukup lagi nak bermanja dan membalas kasih sayang abah..walau sepedih & sesedih mana pun aku rasa kehilangan abah, aku tetap kene redha kerana itulah janjiNya yang kita perlu akur.

Bila dah berumah tangga & duduk sorang-sorang  ni, aku sering teringat kat mak..macamana mak lalui hari-hari dia yang mendatang tanpa abah..41 tahun bersama tentu banyak kenangan bersama arwah abah. Mak tak tunjuk pun kesedihan dia depan anak-anak..mungkin dia tak nak tunjukkan atau dia rasa perlu kuat & tabah untuk anak-anak dia..tapi aku tau jauh di sudut hati emak masih berbekas kasih sayangnya untuk abah..betapa kuatnya emak..aku pun tak sekuat mak..memang betul kata abang-abang & akak ku..aku nih 'kememe & gembeng' sejak dari kecik lagi, anak bongsu katakan.. :)

Emak..ketahuilah anak-anakmu sentiasa mendoakan kesejahteraan mak..Ya Allah..kau peliharalah emak..rahmatinya sepertimana emak menjaga & memberi kami kasih sayangnya kami sejak kami dilahirkan..
Ya Allah..Rahmati arwah abah..kasihinya seprtimana Engkau kasihkan RasullMu Ya Allah..semoga kami bertemu & berhimpun bersama di dalam JannahMu Ya Allah..Ya Rahman, Ya Rahim..



'YA ALLAH YA TUHANKU, ampunkan lah dosa2 kedua orang tua ku, berkatilah kedua mereka itu, sihatkan lah mereka, murahkan lah rezeki mereka, panjangkanlah usia mereka, jauhilah sebarang bahaya, Dan lindungi lah mereka, Aminn
yarabillialamin. ..." 



"YA ALLAH YA TUHANKU, ampuni lah segala dosa2 orang tuaku, tempatkanlah
bapaku ditempat orang2 yang beriman"



Amin..

Sedekah Untuk Arwah

Untuk Arwah Abah..

Al-Fatihah untukmu ayahanda Allahyarham Hj.Salleh B.Hj. Abd. Rahman.
Bacala kisah ini...... Credit to Kamato sekadar renungan buat kita bersama...


Pada suatu malam bertepatan malam Jumaat Salih Al Mazi pergi ke Masjid Jamik untuk mengerjakan solat subuh. Kebiasaannya ia berangkat awal sebelum masuk waktu subuh dan melalui sebuah pekuburan. Di situ Salih duduk sekejap sambil membaca apa-apa yang boleh mendatangkan pahala bagi ahli kubur memandangkan waktu subuh masih lama lagi.
Tiba-tiba dia tertidur dan bermimpi melihat ahli-ahli kubur keluar beramai-ramai dari kubur masing-masing. Mereka duduk dalam kumpulan-kumpulan sambil berbual-bual sesama mereka. Al Mazy ternampak seorang pemuda ahli kubur memakai baju kotor serta tidak berkumpul dengan ahli-ahli kubur yang lain. Dia duduk seorang diri di tepi kuburnya dengan wajah murung, gelisah kerana sedih. Tidak berapa lama kemudian datang malaikat membawa beberapa talam yang ditutup dengan saputangan. Seolah-olah seperti cahaya terang gemerlapan. Malaikat mendatangi para ahli kubur dengan membawa talam-talam itu, tiap seorang mengambil satu talam dan dibawanya masuk ke dalam kuburnya.

Semua ahli kubur mendapat satu talam seorang sehingga tinggallah si pemuda yang kelihatan sedih itu seorang diri tidak mendapat apa-apa.Dengan perasaan yang sedih dan duka dia bangun dan masuk semula ke dalam kuburnya.Tapi sebelum dia masuk Al Mazy yang bermimpi segera menahannya untuk bertanyakan keadaannya.


"Wahai hamba Allah ! Aku lihat engkau terlalu sedih mengapa ?" tanya Salih Al Mazy.
"Wahai Salih, adakah engkau lihat talam-talam yang dibawa masuk oleh malaikat sebentar tadi?"tanya pemuda itu. "Ya aku melihatnya. Tapi apa benda di dalam talam-talam itu?" tanya Al Mazy lagi.


Si pemuda menerangkan bahwa talam-talam itu berisi hadiah orang-orang yang masih hidup untuk orang-orang yang sudah mati yang terdiri dari pahala sedekah,bacaan, ayat-ayat suci Al Quran dan doa. Hadiah-hadiah itu selalunya datang setiap malam Jumaat atau pada hari Jumaat. Si pemuda kemudian menerangkan tentang dirinya dengan panjang lebar. Katanya dia ada seorang ibu yang masih hidup di alam dunia bahkan telah berkahwin dengan suami baru.Akibatnya dia lupa untuk bersedekah untuk anaknya yang sudah meninggal dunia sehingga tidak ada lagi orang yang mengingati si pemuda. Maka sedihlah si pemuda setiap malam dan hari jumaat apabila melihat orang-orang lain menerima hadiah sedangkan dia seorang tidak menerimanya. Al-Mazy sangat kasihan mendengarkan cerita si pemuda. lalu ia bertanya nama dan alamat ibunya agar ia dapat menyampaikan berita keadaan anaknya.Si pemuda menerangkan sifat2 ibunya.

Kemudian Al Maizy terjaga. Pada sebelah paginya Al Maizy terus pergi mencari alamat ibu pemuda tersebut. Setelah mencari kesana kemari beliaupun berjumpa ibu si pemuda tersebut lantas menceritakan perihal mimpinya. Ibunya menangis mendengar keterangan Al maizy mengenai nasib anaknya yang merana di alam barzah.Kemudian ia berkata :

"Wahai Salih ! Memang betul dia adalah anakku. Dialah belahan hatiku, dia keluar dari dalam perutku. Dia membesar dengan minum susu dari dadaku dan ribaanku inilah tempat dia berbaring dan tidur ketika kecilnya."


Al Maizy turut sedih melihat keadaan ibu yang meratap dan menangis penuh penyesalan kerna tidak ingat untuk mendoakan anaknya selama ini.

"Kalau begitu saya mohon minta diri dahulu." kata Al maizy lalu bangun meninggalkan wanitatersebut. Tatkala dia cubauntuk melangkah si ibu menahannya agar jangan pulang dahulu.Dia masuk kedalam biliknya lalu keluar dengan membawa wang sebanyak seribu dirham. "Wahai Salih, ambil wang ini dan sedekahkanlah untuk anakku,cahaya mataku. Insya Allah aku tidak akan melupakannya untuk berdoa dan bersedekah untukya selama aku masih hidup." Salih Al Maizy mengambil wang itu disedekahkannya kepada fakir miskin sehingga tidak sesenpun dari seribu dirham itu yang tinggal. Dilakukanny a semua itu sebagai memenuhi amanah yang diberi kepadanya oleh ibu pemuda tersebut.

Pada suatu malam Jumaat di belakang selepas itu, Al Maizy berangkat ke masjid Jamik untuk solat jamaah. Dalam perjalanan sebagaimana biasa ia singgah di perkuburan. Di situlah ia terlena sekejap dan bermimpi melihat ahli-ahli kubur keluar dari kubur masing2. Si pemuda yang dulunya kelihatan sedih seorang diri kini keluar bersama-sama dengan memakai pakaian putih yang cantik serta mukanya kelihatan sangat gembira.

Pemuda tersebut mendekati Salih Al Maizy se raya berkata :

"Wahai tuan Salih, aku ucapkan terima kasih kepadamu. Semoga Allah membalas kebaikanmu itu". "Hadiah dari ibuku telah ku terima pada hari Jumaat." katanya lagi.

"Eh, Engkau boleh mengetahui hari Jumaat ?" tanya Al Maizy.

"Ya, Tahu."

"Apa tandanya?"
"Jika burung-burung di udara berkicau dan berkata "Selamat selamat pada hari yang baik ini, yakni hari Jumaat."
Salih Al Maizy terjaga dari tidurnya.Ia cuba mengingati mimpinya dan
merasa gembira kerana sipemuda telah mendapat rahmat dari Allah
disebabkan sedekah dan doa dari ibunya.



(Petikan kisah Wali-Wali Allah (2) terbitan syarikat Nurulhas).

The Ugly Duckling

My first writing.. hmmmm tak tahu kenapa tiba-tiba je bleh sebut ugly duckling..
Cerita tentang anak angsa yang tersesat masuk dengan family Itik. Sebab dia angsa rupanya lain dari anak itik … tetapi semua terjawab apabila anak  angsa mencapai umur dewasa.  Sekarang ini dia “Anak Itik Hodoh”  


Mungkin kerana pengaruh cerita zaman kanak-kanak kot..atau mungkin aku rasa watak tu lebih kurang sama ngan aku kot..tapi x ada pun aku transform jadik cantik pun..heheh..apa pun just ambil semangat si anak itik hodoh yang terasing walau dalam kumpulan yang sama..macam tu lah dalam kehidupan seharian kita..
Walaupun kisah ank itik yg hodoh ini mungkin rekaan semata2..namun..byk pengajaranya jika dihayati dri berbagai sudut bg org yg ingin memikirkannye..


Baginda Rasulullah s.a.w menjelaskan bahawa Allah s.w.t melihat pada hati dan amalan seseorang itu bukanya pada zahir seseorang.

 Daripada Abu Hurairah r.a baginda bersabda yang bermaksud, Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada rupa paras kamu dan harta benda kamu akan tetapi Allah melihat kepada hati perut kamu dan amalan kamu. (riwayat Muslim, no: 4651)

Dalam sepotong hadis yang lain diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a, baginda Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada tubuh badan kamu dan tidak pula melihat kepada rupa paras kamu akan tetapi perkara yang dilihat oleh Allah ialah hati kamu. Lalu baginda mengisyaratkan ke arah hati baginda dengan jari-jari baginda. (riwayat Muslim, no: 2564)

Kesimpulannya janganlah kita terlalu memikirkan pandangan manusia kerana pandangan Allah itu lebih utama..
Alangkah indah jika seseorang itu dicintai bukannya kerana dia cantik tetapi dia kelihatan cantik kerana dicintai.

About Me

Ibu kepada Muhd Arif Rifqi & Muhd Afif Rizqi Image result for emoticon juga tukang sibuk kepada En. Hasnor M Tahir Image result for emoticon

-Noha Salleh-

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wildan Syurgaku Muhd Arif Rifqi Bin Hasnor

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Afif Rizqi

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Today's Weather

Followers

Total Pageviews

Selamat Pagi Cinta..