Muhammad Arif Rifqi Bin Hasnor
23 Julai 2012 - 03 September 2015
Damailah wahai wildan syurgaku.. ibu redha pemergianmu adalah yang terbaik untukmu.. Moga Allah kabulkan doa ibu untuk kita berempat berhimpun bersama di sana, Tunggu ibu ya abang.. Abang anugerah terindah buat ibu, ayah dan adik Afif.. tidak pernah menyesal melahirkanmu sayang..3 tahun hadirmu sebagai penyeri hidup kami.. siksaanmu di dunia telah berakhir..
Annakku Arif.. doakan ibu tabah kerana ibu tahu abang sudah bahagia di sana.. bersama wildan2 syurga yang lain.. di jaga pula oleh Nabi Ibrahim Alaihi Salam.. sungguh bahagia dikau nak.. yang terpilih antara yang lain..Subhanaallah Allahuakbar..
Sumpah.. hati ini terusik tiapkali melihat gambarmu.. videomu.. aksimu.. terbayang setiap tutur katamu. keletahmu .. paling ibu tak lupa saat kitabersama-sama bertiga diatas katil wad 4D paed PPUKM nak..menunggu ayah datang menemani di kala hujung minggu.. terima kasih ayah atas pengorbananmu.. bau wangi kepalamu masih ibu terbau..wanginya Ya Allah.. didunia lagi sudah kau tunjukkan istimewanya Rifqi kami. Damailah anakku sayang.. Arif..takkan hilang dari hati kami.
Allahummafirlahu warhamhu waafi wa fuanhu..
Al-Fatihah anak syurgaku Muhammad Arif Rifqi Bin Hasnor
Ya Allah.. Kabulkan permintaan kami untuk berjumpa di syurgamu Ya Allah.. semoga kami mendapat syafaat junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W di sana nanti.
Aamiin ya Rabbal 'alamin.
Arjuna Beta - Fynn Jamal
Verse 1
Tak kanku biarkan walau ribut menyentakmu yang tidur
datang petir menyambar
jengking dan ular–
bonda takkan berundur
nyamanlah arjuna beta
mimpikan yang indah saja
nanti bila kau buka mata
semua tak serupa
verse 2
kan ada satu ketika kau tak tahu mana nak pergi
jalan betul, anakanda,
tak jelas mata–
ambil yang sarat duri
hiduplah arjuna beta
biarkan jasad yang luka
selama tuhanmu ada
takkan engkau tercela
chorus
ngeri tak terbayang mata
bonda takkan ada sentiasa
nanti moga kau tak lupa
bonda memujukmu, anakanda
hiduplah arjuna beta
biarkan jasad yang luka
selama tuhanmu ada
takkan engkau tercela
nyamanlah arjuna beta
mimpikan yang indah saja
nanti bila kau buka mata
semua tak serupa
2 comments:
Hensem sungguh . Manis senyuman nya . Hilang kata2 menatap wajah si kecik manis ni. Maaf bertnya, dugaan apakan si kecil manis ni kena ? Meninggal sbb apa ? Su turut bersedih
Terima kasih su..Arif menghidap kanser darah - Leukimia AML.
Post a Comment